Laman Utama | Perubahan Terkini | Sunting halaman ini | Versi terdahulu

Versi untuk dicetak | Perlepasan

Tidak log masuk
Masuk | Bantuan
 
Lain-lain bahasa: Català | Česky | Dansk | Deutsch | Esperanto | English | Español | Français | Frysk | Interlingua | Italiano | 日本語 | Nederlands | Norsk | Simple English | Polski | Svenska | 中文

Seni

Dari Wikipedia, ensaiklopedia bebas

Seni atau "Art" dalam bahasa Inggeris adalah satu perkataan yang merangkumi semua aktiviti dan hasil karya manusia yang indah dan berseni (kreatif) bagi semua kaum dan bangsa di dunia. Pada masa kini, seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali. Walaupun begitu, seni sukar ditakrifkan disebabkan setiap seniman mempunyai aturan dan sekatan tersendiri bagi setiap hasil kerja mereka, seni boleh dikatakan sebagai proses dan hasil dari pemilihan saluran 'medium', untuk menyampaikan samaada kepercayaan, idea, rasa, atau perasaan dalam bentuk terbaik untuk saluran tersebut.

Setiap orang mempunyai pendapat tersendiri mengenai apa yang boleh dianggap seni; sebagai contoh, adakah seseorang itu boleh menghasilkan seni, sekiranya ia tidak bertujuan sebagai hasil seni? Adakah seni merupakan bentuk luahan seseorang? Adakah hasil seni dianggap seni hanya apabila ianya sempurna?

Bidang kesenian

Terdapat banyak cabang bidang kesenian. Masakini, seni merujuk kepada seni yang dapat dilihat, terutamanya lukisan and ukiran, dan fotografi.

Beberapa bidang seni juga dikenali sebagai seni halus (fine arts), termasuk musik, penulisan, puisi, tarian, and the theater. Cabang dari kesenian theater adalah perfileman dan animasi, dan terkini, multimedia. Mereka yang bergiat dalam bidang theater dan perfileman biasanya dikenali secara amnya sebagai seniman.

Apabila sesuatu itu dilakukan dengan begitu sempurna, ia juga boleh dianggap seni: kejayaan kejuruteraan seperti Jambatan Golden Gate (Golden Gate Bridge) boleh dianggap sebagai hasil seni. Arkitekture juga dianggap sebagai satu gaya kesenian: lihat Menara Eiffel atau kathedral Notre Dame. Arkitekture adalah gabungan antara seni dan sains. Aturcara komputer juga boleh dianggap seni;

Seni tidak hanya untuk tujuan aesthetik; seni dan pertukangan berkaitan dengan menghasilkan benda berguna kepada seni. seni perdagangan ("komunikasi visual") menggunakan kaedah artistik untuk menyampaikan maklumat seperti melalui pengiklanan. Kadang-kala orang melihat seni dari benda rawak yang tidak bertujuan sebagai hasil seni; seni sedemikian dikenali sebagai seni jumpa.

Contoh bidang kesenian

  1. Nyanyian
  2. Lakonan
  3. Musik
  4. Lukisan
  5. Ukiran
  6. Penulisan
  7. Puisi
  8. Origami
  9. Bonsai
  10. Suiseki

latar belakang kesenian opera cina


[Laman Utama]
Laman Utama
Perubahan Terkini
Halaman Rawak
Status Terkini

Sunting halaman ini
Bincang halaman ini
Versi terdahulu
Pautan ke halaman ini
Pautan pilihan

Halaman Istimewa
Laporan Pepijat
Sumbangan