Laman Utama | Perubahan Terkini | Sunting halaman ini | Versi terdahulu

Versi untuk dicetak | Perlepasan

Tidak log masuk
Masuk | Bantuan
 
Lain-lain bahasa: Afrikaans | Elsässische | العربية | Български - (Bülgarski) | Català | Corsu | Česky | Cymraeg | Dansk | Deutsch | Ελληνικά | English | Esperanto | Español | Eesti | Euskara | Suomi | Français | Frysk | Gaeilge | Galego | עברית | हिन्दी | Hrvatski | Magyar | Interlingua | Bahasa Indonesia | Italiano | 日本語 | 한국어 | Latina | Lietuvių | Platdüütsch | Nederlands | Norsk | Occitan | Polski | Română | Português | Русский | Simple English | Slovenščina | Српски / Srpski | Svenska | Kiswahili | ไทย | Türkçe | 中文

Kimia

Dari Wikipedia, ensaiklopedia bebas

Kimia merupakan kajian tentang asas alam semulajadi, bagaimana mereka bergabung, dan pengabungan mereka yang membentuk pepejal, cecair, dan gas yang membentuk sebahagian besar jisim. Untuk pelbagai jenis unsur kimia dan sebatian, lihat

Jadual Kala (Periodic table)
Senarai sebatian
Kimia inorganik, termasuk kimia pepejal, yang mengkaji prinsip asas yang diguna pakai dalam sains mineralogi dan sains material
Kimia organik, yang menjadi asas biokimia dan kimia polymer dan dalam Organic kajian mengenai molekul mengandungi karbon.
Kimia fizik, yang merangkumi kimia pengiraan, kimia kuantum, dan kimia permukaan.
Kimia analitik, asas kimia alam sekitar.
Photokimia, yang mana fotosintesis merupakan sumber kebanyakan kehidupan.

Asas

Theori atomik adalah asas kimia. Teori tersebut menyatakan bahawa semua jisim terbentuk daripada unit-unti kecil yang dikenali sebagai atom. Salah satu dari Hukum pertama dijumpai yang menjurus kepada penubuhan Kimia sebagai sains adalah Hukum Pengekalan Jisim. Hukum itu menegaskan bahawa tidak terdapat perubahan yang boleh dikesan dalam kuantiti jisim ketika tindakbalas kimia biasa berlaku. Fizik Moden sekarang menjelaskan bahawa atom dan tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Secara kasarnya sekiranya kita bermula dengan 1001 atom dan melakukan banyak tindak balas kimia, kita masih berakhir dengan 1001 atom. Walaupun kita memulakan dengan sesuatu yang hijau dan berlendir dan berakhir dengan sesuatu yang keras dan hitam jumlah atom akan masih kekal.

Jisim juga sama sekiranya kita mengambil kira tenaga dibebaskan atau ditambah diambil kira. Ahli kimia mengkaji interaksi atom ini secara individual dan kadang kala dengan sebatian atom lain untuk membentuk ion dan molekul. Atom-atam ini bergabung dengan atom lain (contoh kayu terbakar adalah gabungan oksigen dari udara dengan atom karbon dan hidrogen dalam kayu dan mereka juga berinteraksi dengan cahaya (gambar terbentuk akibat perubahan kimia di atas filem yang disebabkan oleh cahaya) dan radiasi lain. Salah satu jumpaan awal yang menakjubkan adalah atom-atom ini sentiasa bergabung dalam ratio sekata: struktur pasir silika mempunyai ratio atom silika dengan oksigen pada 1 : 2. Kita sekarang mengetahui bahasa terdapat pengecualian kepada Hukum "Law of Definite Proportions " (litar sepadu "integrated circuits " adalah contoh yang baik.)

Satu lagi jumpaan penting dalam kimia adalah apabila perubahan berlaku, jumlah tenaga yang terhasil atau hilang sentiasa sama. Ini mendorong kepada konsep penting pada keseimbangan "equilibrium", thermodynamik, dan kinetik. Teori paling menarik yang menggambarkan semua kimia adalah Kuantum Mekanik. "Quantum Mechanics". Teori ini kompleks, susah difahami, dan sukar dimahiri. Kerap konsep yang lebih mudah digunakan untuk menjangka keputisan percubaan. Konsep ini (kimia asid/asas / acid/base chemistry) terhad skopnya tetapi lebih mudah difahami dan dipakai. Pelajar kolej biasanya mempelajari kimia dalam bidang berikut : Kimia Analitika, Kimia Fizik, Kimia Organik, Kimia Bukan Organik, Kimia Polimer, dan Biokimia. Sering kali jumpaan kimia dibuat oleh pakar fizik, biologi, jurutera kimia atau farmasi.

Kimia dan interaksi

Kimia Kuantitive

Bentuk Jisim

Asid dan alkali

Kinetik dan Thermodynamik

Sejarah kimia

Lihat juga

Pautan luaran


[Laman Utama]
Laman Utama
Perubahan Terkini
Halaman Rawak
Status Terkini

Sunting halaman ini
Bincang halaman ini
Versi terdahulu
Pautan ke halaman ini
Pautan pilihan

Halaman Istimewa
Laporan Pepijat
Sumbangan