Laman Utama | Perubahan Terkini | Sunting halaman ini | Versi terdahulu

Versi untuk dicetak | Perlepasan

Tidak log masuk
Masuk | Bantuan
 
Lain-lain bahasa: Català | Dansk | Deutsch | English | Esperanto | Español | Français | עברית | Bahasa Indonesia | 日本語 | Nederlands | Polski | Română | Svenska | 中文

Islam

Dari Wikipedia, ensaiklopedia bebas

Islam (الإسلام) adalah agama monoteisme iaitu percaya bahawa Tuhan itu tunggal. Kepercayaan kepada Allah yang satu (monoteisme) termaktub dalam kitab suci Islam, Al-Quran, Surah Al-Ikhlas yang membawa bermaksud:-

 Surah Al-Ikhlas
"Katalah (wahai Muhammad) bahawa Allah itu tunggal. Allah tempat meminta. Tidak Dia beranak dan tidak juga Dia diperanakkan. Dan tiada yang serupa denganNya, Dialah Tuhan yang Esa."

Para ulamak menetapkan setiap umat Islam mestilah mematuhi 5 perkara asas dalam Islam yang dikenali ramai sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara:-

  1. Mengucap shahadat dan menerima bahawa Allah itu tunggal dan nabi Muhammad s.a.w itu rasul Allah.
  2. Menunaikan solat lima kali sehari.
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan.
  4. Mengeluarkan zakat.
  5. Mengerjakan Haji bagi mereka yang mampu.

Orang Islam yang juga perlu mematuhi 6 Rukun Iman iaitu :-

  1. Percaya kepada Allah yang satu
  2. Percaya kepada nabi dan Rasul Allah
  3. Percaya kepada malaikat
  4. Percaya kepada kitab
  5. Percaya kepada hari akhirat
  6. Percaya kepada qada dan qadar


[Laman Utama]
Laman Utama
Perubahan Terkini
Halaman Rawak
Status Terkini

Sunting halaman ini
Bincang halaman ini
Versi terdahulu
Pautan ke halaman ini
Pautan pilihan

Halaman Istimewa
Laporan Pepijat
Sumbangan