Laman Utama | Perubahan Terkini | Sunting halaman ini | Versi terdahulu

Versi untuk dicetak | Perlepasan

Tidak log masuk
Masuk | Bantuan
 
Lain-lain bahasa: Dansk | Deutsch | Esperanto | English | Español | Français | Bahasa Indonesia | 日本語 | Nederlands | Polski | Svenska | 한국어 | संस्कृत | 中文

Buddha

Dari Wikipedia, ensaiklopedia bebas

Buddha (Sanskrit: बुद्ध bererti. Mereka yang Sedar, Yang diberi Kesedaran (Enlightened One). dari perkataan Sanskrit: "Budh", untuk mengetahui) merupakan gelaran kepada individual yang menyedari potensi penuh mereka untuk memajukan diri dan evolusi kesedaran. Dalam penggunaan semasa, ia sering digunakan bagi merujuk Siddhartha Gautama, guru agama dan pengasas "spiritual founder" Buddhism (dianggap "Buddha bagi tempoh ini"). Dalam penggunaan lain, ia merupakan tarikan dan contoh bagi manusia yang diberi kesedaran.

Besarkan

Patung Buddha Tian Tan. Vihara Po Lin, pulau Lantau, Hong Kong

Agama Buddha lahir di negara India sebagai manifestasi terhadap agama Hindu. Pengasasnya ialah Siddhartha Gautama yang dikenali sebagai Gautama Buddha oleh pengikut-pengikutnya. Ajaran Buddha sampai ke negara China pada tahun 399 T.M. oleh seorang sami bernama Fa Hsien. Masyarakat Cina mendapat pengaruhnya dari Tibet disesuaikan dengan tuntutan dan nilai tempatan.

Penganut Buddha tidak menganggap Siddhartha Gautama sebagai Buddha pertama atau terakhir. Secara teknikal, Buddha, seseorang yang menjumpai Dharma (contoh, Kebenaran; perkara yang sebenar, minda, kesulitan keadaan manusia, dan jalan benar kepada kemerdekaan (roh)) melalui Kesedaran, datang selepas mahir atau karma bagus (tujuan) dikekalkan seimbang dan semua tindakan buruk tidak mahir ditinggalkan. Pencapaian Nirvana diantara ketiga jenis Buddha adalah serupa, tetapi Samma-Sambuddha menekankan lebih pada kualiti dan keupayaan berbanding dua yang lain. Tiga jenis golongan Buddha adalah:

Perlu ditekankan bahawa Buddha bukannya Tuhan. Bukan sahaja ini dinafikan oleh Gautama Buddha sendiri, tetapi perbezaan jelas dibuat dalam alam kosmos Buddhist bahawa kedudukan Buddhahood dicapai hanya oleh manusia (walaupun tidak terhad kepada Manusia khusus (termasuk haiwan?)), dalam mana terdapat pontensi terbaik untuk mencapai tahap Kesedaran. Gautama Buddha juga menyatakan bahawa tidak terdapat orang tengah antara umat manusia dan ketuhanan; dewa-dewa (distant gods ) dan Tuhan tertakluk kepada karma dalam syurga yang reput "decaying heavens". Buddha hanya merupakan contoh, juru pandu, dan guru bagi makhluk yang perlu melalui jalan mereka sendiri, mencapai Kesedaran roh, dan melihat kebenaran & realiti sebenar-benarnya. Sistem falsafah Buddha dan praktis bertafakur tidak dikurniakan dewa, tetapi sebenarnya, kesedaran ciri sebenar minda manusiayang boleh dijumpai oleh sesiapapun secara sendiri. Pembolosan realiti ini diikuti kebenaran yang mengejutkan yang mampu menghapuskan kejahilan.

Setiap aliran Buddha berpegang kepada Tipitaka sebagai rujukan utama kerana dalamnya tercatat sabda dan ajaran Baginda Buddha Gautama. Pengikut-pengikutnya kemudian mencatakannya dan mengklasifikasikan ajarannya dalam 3 buku iaitu Sutta Pitaka ( buku ajaran ), Vinaya Pitaka ( buku undang-undang para sami dan rahib ) dan Abhidhamma Pitaka (buku hukum metafizik) .

Lotus Sutra merupakan rujukan sampingan penganut Buddha, aliran Mahayana. Tokoh Kuan Yin yang bermaksud “mata cemerlang” atau nama Sanskritnya ARYAVALOKITESHVARA merupakan tokoh Mahayana dan dipercayai telah menjelma beberapa kali dalam alam manusia untuk memimpin umat manusia ke jalan kebenaran. Ianya diberikan sifat-sifat keibuan seperti penyayang dan lemah lembut.

Amitabha Buddha merupakan salah satu aliran utama Buddha Mahayana. Syurga Barat merupakan tempat tuju umat Buddha aliran Sukhavati selepas mereka meninggal dunia dengan berkat kebaktian mereka terhadap Buddha Amitabha.

Mereka mempercayai mereka akan lahir semula di Syurga Barat untuk menunggu saat Buddha Amitabha memberikan khotbah Dhamma dan Buddha Amitabha akan memimpin mereka ke tahap mencapai 'Buddhi' (tahap kesempurnaan dimana kejahilan, kebencian dan ketamakan tidak wujud lagi). Amitabha merupakan fahaman Buddha yang paling disukai oleh orang Cina.

Ajarannya:

  1. Bukan satu bentuk kepercayaan tetapi lebih merupakan ajaran falsafah kerana tidak ada konsep ketuhanan dan persoalan ghaib kecuali bagaimana untuk menyerapi hidup tanpa bermasalah. Boleh dikatakan ajaran Buddha itu menyoal kewujudan Tuhan sebagai Maha Pencipta. Dalam ajaran Buddha, tiada satu fenomena dalam dunia ini dianggap ghaib. Cth : kebolehan terapung di udara, berjalan atas air dll tidak luar biasa kerana tubuh terdiri drp 4 elemen utama : angin, api, air dan tanah.
  2. Penganut Buddha Theravada diwajibkan menjalani kehidupan sebagai sami untuk satu-satu tempoh tertentu dalam hidup mereka. Mereka tidak dibenarkan berkahwin dan perlu menjalani hidup sebagai seorang fakir dalam tempoh itu. Kewajipannya adalah mengikut tradisi kebanyakkan negara Buddha Theravada kerana menitik beratkan pembalasan jasa ibubapa. Seorang anak yang menjadi sami walaupun dalam satu tempoh masa yang pendek dapat memberikan pahala kepada ibubapa dan sanak saudara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
  3. Perempuan boleh menjadi rahib. Rahib, sami dan semua umat Buddha ditegah daripada lari dari masalah. Sebaliknya, umat Buddha digalakkan berdepan dengan masalah dan menerimanya dengan hati terbuka. Latihan 'mindfulness' atau sedar pada setiap saat adalah pengubat kepada segala masalah.
  4. Bertapa di kuil dengan menjadi sami atau rahib merupakan alternatif kepada masalah yang tidak ditemui penyelesaiannya. Ia menjadi satu alat bagi sedar pada setiap saat sebagai pengubat kepada segala masalah.

Seorang Buddha bukannya dewa atau keramat yang memberikan kesejahteraan. Pernyataan (... Amitabha atau Amida ... membawa kesejahteraan kepada penganutnya ...) tidak begitu tepat. Semua Buddha adalah pemimpin segala kehidupan ke arah mencapai kebebasan daripada kesengsaraan. Hasil amalan ajaran Buddha inilah yang akan membawa kesejahteraan kepada pengamalnya.

Menurut Gautama Buddha, kenikmatan Kesedaran Nirvana yang dicapainya di bawah pokok Bodhi, tersedia kepada semua makluk apabila mereka dilahirkan sebagai manusia. Menekankan konsep ini, aliran Buddha Mahayana khususnya merujuk kepada banyak Buddha dan juga bodhisattva (makhluk yang tekad "committed" pada Kesedaran tetapi menangguhkan Nirvana mereka agar dapat membantu orang lain pada jalan itu). Dalam Tipitaka suci - intipati teks suci Buddha - tidak terbilang Buddha yang lalu dan hidup mereka telah disebut "spoken of", termasuk Buddha yang akan datang, Maitreya Buddha.

Penganut Buddha merayakan Hari Wesak yang merupakan hari kelahiran Buddha dan hari Buddha mendapat ilham.

Aliran Buddha

  1. Buddha Theravada
  2. Buddha Mahayana

Pautan luar


[Laman Utama]
Laman Utama
Perubahan Terkini
Halaman Rawak
Status Terkini

Sunting halaman ini
Bincang halaman ini
Versi terdahulu
Pautan ke halaman ini
Pautan pilihan

Halaman Istimewa
Laporan Pepijat
Sumbangan