Laman Utama | Perubahan Terkini | Sunting halaman ini | Versi terdahulu

Versi untuk dicetak | Perlepasan

Tidak log masuk
Masuk | Bantuan
 
Lain-lain bahasa: Deutsch | English | Esperanto | Bahasa Indonesia | Nederlands | 中文

Bahasa Melayu

Dari Wikipedia, ensaiklopedia bebas

Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia, Brunei Darussalam dan Indonesia (dikenali sebagai Bahasa Indonesia) dan di Singapura, diiktiraf sebagai salah satu daripada bahasa rasmi negara tersebut. Di Timor Timur bahasa Melayu juga digunakan sebagai salah satu "bahasa kerja" (Working Language).

Variasi kepada Bahasa Melayu juga ditutur di daerah di mana bangsa Melayu wujud seperti di selatan Thailand, selatan Filipina dan sejauh Sri Lanka dan Afrika Selatan. Bahasa Melayu merupakan bahasa kelima terbesar dipertuturkan di dunia. Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih kurang 200 juta merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia.

Bukti bertulis yang tertua tentang bahasa Melayu Kuno ini terdapat di beberapa buah prasasti (batu bersurat). Yang terpenting di antara batu bersurat tersebut ialah:

  1. Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 M (Masihi). Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan huruf Palava.
  2. Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M. Batu Bersurat ini ditemui oleh Residen Westenenk, 17 November 1920 di sebuah kawasan bernama Talang Tuwo, di sebelah barat daya Bukit Siguntang, iaitu lebih kurang 8 km dari Palembang.
  3. Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686 M.
  4. Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692 M.

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:

Penulisan bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan beberapa jenis huruf yang saling berganti.

Tulisan yang mula dipakai adalah tulisan Pallava yang berasal dan India. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Oleh itu timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut:

  1. Tulisan Rencong.
  2. Tulisan Pallava.
    Tulisan Pallava awal.
    Tulisan Pallava akhir.
  3. Tulisan Kawi.
    Tulisan Kawi awal.
    Tulisan Kawi akhir.
  4. Tulisan Jawi
  5. Tulisan Rumi

Bahasa Melayu banyak menyerap bahasa-bahasa asing.Contoh-contoh perkataan yang diambil adalah :-

Bahasa Sanskrit Bahasa Melayu
dosa = dosa
dukkha = duka
deva = dewa
rupa = rupa
samsara = sengsara

Bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang diguna pakai dalam kerajaan Melayu kuno. Kerajaan-kerajaan Melayu kuno yang diketahui adalah (tidak menurut sebarang susunan):-

  1. Oc-eo
  2. Lembah Bujang
  3. Ko-ying
  4. Kerajaan Funan
  5. Srivijaya
  6. Kerajaan Angkor
  7. Majapahit
  8. Kedah Tua
  9. Melaka

Lebit lanjut


[Laman Utama]
Laman Utama
Perubahan Terkini
Halaman Rawak
Status Terkini

Sunting halaman ini
Bincang halaman ini
Versi terdahulu
Pautan ke halaman ini
Pautan pilihan

Halaman Istimewa
Laporan Pepijat
Sumbangan