Laman Utama | Perubahan Terkini | Sunting halaman ini | Versi terdahulu

Versi untuk dicetak | Perlepasan

Tidak log masuk
Masuk | Bantuan
 
Lain-lain bahasa: Afrikaans | Català | Dansk | Deutsch | Ελληνικά | English | Esperanto | Español | Français | Frysk | Galego | Hrvatski | Magyar | Interlingua | 日本語 | 한국어 | Latina | Nauru | Nederlands | Norsk | Occitan | Polski | Português | Română | Simple English | Slovenščina | Svenska | Volapük | 中文(简体) | 中文(繁体)

Bahasa

Dari Wikipedia, ensaiklopedia bebas

Manusia telah cuba untuk mentakrifkan bahasa dari beberapa segi. Contoh definisi termasuk yang berikut:

  1. satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, idea dan keadaan.
  2. satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep realiti mereka kepada fikiran orang lain
  3. satu sistem maksud yang dikongsikan antara mereka
  4. satu kod yang yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membezakan antara bentuk dan maksud.
  5. satu ucapan yang menepati tata bahasa yang telah ditetapkan (contoh :- Perkataan , ayat, dan lain lain.)
  6. satu peryuturan yang akan dapat difahami oleh masyarakat linguistik.
  7. pemikiran

Walau bagaimanapun, bahasa manusia merupakan erti utama berkaitan dengan "bahasa". Pengkajian tentang bahasa dipanggil linguistik, atau pakar bahasa.

Menetapkan perbezaan utama antara satu bahasa manusia dan yang lain seringkali amat sukar. Chomsky (1986) membuktikan bahawa sebahagian loghat Jerman adalah sangat hampir dengan loghat yang dikenali sebagai Belanda dan tidaklah terlalu berbeza sehingga tidak difahami langsung dengan bahasa yang lain yang dikenali sebagai Jerman.

Satu daripada bahasa buatan dipanggil Esperanto telah dicipta oleh L. L. Zamenhof. Ia merupakan satu penyusunan dari pelbagai elemen dari bahasa berlainan dengan matlamat untuk memudahkan belajar bahasa.

Sebahagian pakar bahasa, seperti J.R.R. Tolkien, telah mencipta bahasa dongeng, selalu untuk tujuan kesusasteraan. Satu dari bahasanya di panggil Quenya, satu bentuk Elvish. Quenya mempunyai abjad dan sebutan tersendiri dan dapat dipertuturkan oleh manusia.

Bahasa manusia yang berbeza-beza menyebabkan manusia cuba untuk menyelesaikannya dengan pelbagai cara. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan komputer untuk menterjemah dari satu bahasa kepada bahasa yang lain. Aturcara sedemikian dikenali sebagai Terjemahan Mesin.

Terjemahan Mesin merupakan satu matlamat pakar komputer sejak awal lagi. Pada mulanya mereka menjangkakan bahawa ia dapat dilakukan dengan mudah tetapi malangnya matlamat ini lebih sukar dilaksanakan sehinggakan pada suatu masa hampir kesemua pakar komputer telah berputus asa untuk melakukannya. Bagaimanapun, pada masa sekarang beberapa aturcara penterjemah telah dijual secara komersial.


[Laman Utama]
Laman Utama
Perubahan Terkini
Halaman Rawak
Status Terkini

Sunting halaman ini
Bincang halaman ini
Versi terdahulu
Pautan ke halaman ini
Pautan pilihan

Halaman Istimewa
Laporan Pepijat
Sumbangan